Ramadhan dan Puasa: Soalan Mengenai Bulan Ini Yang Anda Malu Untuk Bertanya

 

Ramadhan pada tahun ini bermula pada 17 Mei 2018, iaitu pada hari Khamis, dan Umat Islam seluruh dunia, kesemua 1.6 bilion jumlahnya, akan berpuasa selama sebulan. Ini bermakna anda berkemungkinan besar akan berjumpa dengan seseorang, samada kawan, rakan sekerja, pelayan, cikgu kepada anak anda, yang berpuasa.

Tetapi adakah anda faham apa itu Ramadhan atau Puasa? Apakah cara-cara untuk kita menghormati rakan kita yang berpuasa?

Kami senaraikan huraian ringkas kepada pertanyaan anda mengenai Ramadhan.

1) Apakah Ramadhan?

Ramadhan disebut sebagai bulan yang paling suci di dalam kalendar Islam. Merujuk kepada kata-kata Nabi Muhammad SAW, beliau berkata bahawa “Apabila bulan Ramadhan bermula, pintu-pintu Syurga akan terbuka, pintu-pintu Neraka akan tertutup, dan syaitan akan dirantai.”

Umat Islam percaya bahawa pada bulan inilah Al-Quran mula-mula diturunkan.

Umat Islam akan berpuasa selama sebulan bermula waktu Subuh (sekitar jam 5.45am) sehingga Maghrib (sekitar 7.20pm). Bulan ini dikhaskan untuk membantu Umat Islam untuk mendisiplinkan diri dari segi rohani.

Sebenarnya, bulan Puasa ini adalah bulan kegembiraan, kerana Umat Islam akan berkumpul bersama keluarga dengan lebih kerap. Tak lupa juga dengan pelbagai makanan dan aktiviti bersama yang boleh dilakukan seperti Solat Terawikh dan Tadarus.

Di akhir Ramadhan, Umat Islam akan menyambut Bulan Syawal, Aidil Fitri. Agaknya boleh dibandingkan dengan Hari Christmas. Umat Islam akan berkumpul bersama keluarga, bermaaf-maafan, dan membaiki segala perhubungan diantara mereka. It is a beautiful month!

2) Puasa? Apa itu?

Berpuasa pada bulan Ramadhan adalah salah satu Rukun di dalam Islam. Ia merupakan salah satu tanggungjawab Umat Islam kepada agama dan Tuhan. Ia wajib ditunaikan setiap tahun pada masa yang telah ditetapkan. Namun, sekiranya ada yang sakit, tidak mampu, mengandung, terlalu muda, atau terlalu tua, atau sedang mengalami kitaran menstruasi, mereka boleh dikecualikan untuk berpuasa. Islam itu mudah.

Dari segi rohani pula, berpuasa mengingatkan Umat Islam terhadap kebergantungan kepada Allah SWT kerana kelemahan manusia itu sendiri, dimana manusia tidak akan wujud jika tidak dicipta oleh Allah SWT (yeap, we reject darwinism).

Ketika berpuasa, Umat Islam tidak boleh makan, minum walau setitik, merokok, atau melakukan aktiviti seksual dari Subuh hingga Maghrib. Larangan tersebut termasuk mengunyah gam.

Jika anda melakukan manamana aktiviti tersebut, maka puasa anda akan terbatal, dan anda perlu membayarnya semua dengan menggantikan puasa pada hari itu pada bulan yang lain (inilah namanya ganti puasa)(boleh juga diganti menggunakan duit atau memberi sedekah, panjang sikit ceritanya).

Selain aktiviti fizikal, Umat Islam juga ditegah untuk melayan hawa nafsu seperti perasaan marah, kecewa, mencarut, mengumpat, dan mengomel. Ya, berleter masih dibenarkan sekiranya amat perlu. Senang kata, elok dengar Al-Quran. Penulis mencadangkan Misyari di YouTube. Google sendiri ya.

3) Kebiasaan Hari Hari Berpuasa

Puasa bermua dengan sahur dan berakhir dengan berbuka puasa, tetapi ada aktiviti sampingan yang turut dijalankan.

Aktiviti sahur adalah makan sebelum masuk waktu Imsak (kira-kira 20-30 minit sebelum waktu Subuh), dan ia adalah satu-satunya pemakanan yang dijalankan pada hari itu. Maka makanan yang mengandungi protein sangat ditekankan, bersama air masak. Selepas masuk waktu Subuh, tiada lagi makanan/minuman boleh diambil. Maka, solat Subuh, selepas itu bolehlah mandi terus untuk pergi kerja supaya dapat elak traffic jam.

Ya, kerja masih berjalan semasa bulan Puasa. Takkan nak tidur je? Namun, kebanyakan negara Islam di dunia akan mengurangkan waktu kerja supaya Umat Islam boleh fokus kepada melakukan ibadat. Bagi sesiapa yang duduk di bawah penghawa dingin, anda bertuah, kerana ada yang bekerja sebagai buruh binaan dan masih mampu berpuasa penuh.

Sampai waktu Maghrib, bolehlah berbuka. Itu selepas lawatan sambil membeli telah dijalankan di Bazaar Ramadhan. Ingat, jangan beli ikut nafsu. Bazaar selalunya telah mula menjual seawal 4pm.

Selalunya Umat Islam akan berbuka dengan Kurma (dates, kalau tak tau sila Google), sedikit air, dan tunaikan Solat Maghrib terlebih dahulu. Ini kerana agak sukar untuk rukuk dan sujud dengan perut yang terlalu penuh dengan murtabak, karipap, air sirap bandung, dan nasi ayam percik. Selepas solat, barulah mentekedarah (makan).

Selepas makan, tunggu Isyak, selepas itu bolehlah berjemaah (bersama-sama) dalam menunaikan solat istimewa dipanggil Solat Terawikh. Ia boleh dibuat dengan 8 rakaat (solat dua rakaat, bagi salam, bangun balik dan sambung lagi dua rakaat, rinse and repeat sampai cukup 8). Selepas solat terawikh, bolehlah buat posting #DoneTerawikh untuk menaikkan kembali dosa riak di media sosial. Mohon elakkan.

4) Boleh kurang berat badan ke bila Puasa?

Mitos ini ialah mitos semata-mata, kata penulis sambil memegang perut kerana tidak mahu terima kenyataan. Kebanyakan Umat Islam akan bertambah berat badan semasa Bulan Puasa, tetapi jika dibuat dengan betul (elak makanan/air bergula, berhenti sebelum kenyang), Puasa ialah salah satu cara untuk mengurangkan berat badan. Namun, pemahaman sebenar berpuasa ialah mengurangkan kadar toksik di dalam badan. And it works (says science)!

5) Kenapa tarikh bulan Ramadhan berubah setiap tahun?

Umat Islam tidak menggunakan kalendar Gregorian (2017, 2018, 2019, tahun selepas kemangkatan Jesus Christ), kerana Umat Islam mempunyai kalendar mereka tersendiri (Kalendar Hijrah) yang berdasarkan kitaran bulan. 12 bulan bersamaan 354 hari (11 hari lebih pendek berbanding kalendar Gregorian).

Jadi, jika dikira, setiap bulan Ramadhan akan bermula 11 hari lebih awal pada tahun-tahun berikutnya.

Bagaimana pula bagi mereka yang tinggal di Iceland, Norway dan Sweden untuk berpuasa, kerana kitaran masa terbit dan terbenam matahari sangat lama (kira-kira 20 jam) semasa musim panas? Di Antartika pula, matahari tidak terbenam langsung! Jangan risau. Jika anda berhajat untuk berpuasa di Antartika, anda hanya perlu mengikuti negara yang terdekat dengan anda dan ikut masa berpuasa mereka, atau ikut sahaja waktu berpuasa di Mekah.

 

Sumber: Griffith Observatory
 

8) Bagaimana untuk menghormati Umat Islam berpuasa?

Buat macam biasa.

Anda tidak perlu untuk makan secara sorok-sorok hanya kerana rakan sekerja anda sedang berpuasa.

Namun, jika anda tahu dia sedang berpuasa dan makanan kegemarannya adalah Pizza Hut Hawaiian Chicken bersama Pepsi sejuk, adalah lebih elok jika anda tidak makan didepannya, kerana dia mungkin akan terbatal puasanya kerana turut makan dengan anda.

9) Mengapa serangan ISIS/Daesh meningkat ketika Ramadhan? Bukankan Umat Islam ditegah melakukan kejahatan pada bulan ini?

Kerana ISIS/Daesh tidak mengikuti ajaran Islam.

 

Selamat berpuasa! Ada cadangan lain? Beritahu kami melalui komen di bawah!