Makanan Halal di Hong Kong? Tiada Masalah!

Hong Kong adalah antara lima negara terbaik yg mesra Islam. Ok, memang banyak makanan tidak halal dijual di sekitar Hong Kong kerana penduduknya yang berbangsa cina membuatkan pelancong muslim menganggap Hong Kong sebuah negara tidak mesra muslim. Tapi di sini kami menyediakan list untuk rujukan anda. Boleh lah tersenyum nanti sebab dapat pergi Disneland Hong Kong dengan gembira.

1. Islamic Centre Canteen
Kalau nak menikmati sarapan dengan menjamu dim sum, ini tempat yang mesti anda datang. Islamic Centre Canteen menyediakan pelbagai Dim Sum dan mula beroperasi seawal 9 pagi. Ok la tu kan.
Lokasi: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai.
Stesen MRT Terdekat: MTR Wan Chai Station, Exit A3.
Waktu Operasi: Setiap hari, 09.00 pagi – 9.00 malam

2. Ma’s Restaurant
Restoran yang terkenal dengan hidangan kari ayam, daging dan kambing dah beroperasi selama 40 tahun tau. Tu diaaa. Antara menu wajib cuba ialah Pastri Goulash Daging Lembu dan Ayam Sichuan.
Lokasi: Shop A, 21-25 Cheung Sha Wan Road, Hong Kong.
Stesen MRT Terdekat: MTR Prince Edward Station, Exit E.
Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi – 11.00 malam

3. Panda Cafe Food To Go dan Dive Into A Float di Ocean Park
Ocean Park adalah taman tema marin yang mempunyai beberapa tarikan untuk pelancong. Untuk makanan Halal, pelancong muslim bokeh dapatkan di Panda Café Food To Go di zon Amazing Asian Animals dan Dive Into A Float di zon Marina World. Antara menu yang ada ialah Nasi Ayam Hainan, Ban Bebola Daging Lembu dan Ayam Tandoori. Hmm, not bad at all!

4. Disneyland! (Tahitian Terrace di Adventure Land dan Explorer’s Club di zon Mystic Point)
Ini kegemaran ramai pelancong! Nah, tak payah risau makanan halal dah. Memang ada disediakan untuk anda. Boleh dapatkan makanan halal di Tahitian Terrace dan Explorer’s Club bila anda ke Disneyland.

Ps: Tips tambahan, cari saja masjid. Insya Allah ada makanan halal di situ.
Selamat melancong! Baik-baik jalan. Kalau single lagi, harap jumpa jodoh la ye. Hehe