5 Bazaar Ramadhan Menarik Di Kuala Lumpur

Bulan ke-9 Kalendar Hijrah semestinya ditunggu setiap umat Islam di seluruh dunia untuk menyambut Bulan Ramadhan, iaitu bulan untuk menunaikan salah satu Rukun Islam dengan berpuasa selama sebulan dari Subuh sehingga senja.

Bulan ini juga dianggap bulan termulia, dimana pada bulan ini juga dikatakan Al-Quran, kitab utama agama Islam, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Dari Subuh sehingga senja, Umat Islam dilarang untuk makan, minum, atau menjalankan kegiatan berunsur seksual.

Aktiviti berbuka puasa juga dianggap aktiviti sosial, dimana Umat Islam akan berkumpul samada bersama keluarga sendiri mahupun rakan-rakan/jemaah lain dan berbuka puasa bersama.

Di Malaysia, aktiviti berbuka puasa dimeriahkan dengan pelbagai makanan (ada makanan yang hanya dijual pada bulan puasa) di beberapa bazaar (pasar) Ramadhan yang hanya diadakan pada bulan ini, kebanyakannya bermula jam 4pm.

Disini kami senaraikan 5 Bazaar Ramadhan terbaik di Kuala Lumpur yang anda PERLU lawati dalam masa sebulan ini.

1. Kampung Baru

Terletak di Jalan Raja Alang, bazaar ini menempatkan lebih 200 gerai menjual pelbagai jenis juadah masakan Melayu, termasuk gerai Nasi Lemak Antarabangsa (salah satu Nasi Lemak terbaik di KL), Bubur lambut turut diberikan secara percuma oleh Masjid Jamek disini. Pengunjung boleh menaiki Putra LRT ke Kampung Baru, dan perjalanan dari stesen hanya memerlukan kira-kira 10 minit untuk sampai.

2. TTDI (Taman Tun Dr Ismail)

Terletak di seberang kompleks membeli-belah OneUtama, bazaar ini ditempatkan berhadapan Maybank di Jalan Tun Mohd Fuad 2, iaitu lokasi yang sama terletaknya McDonald’s, A&W, QBistro, dan FoodTruck@TTDI. Jika anda mahu ke bazaar ini, pastikan anda sampai selewat-lewatnya jam 5pm kerana ramai yang berkunjung ke bazaar ini setiap hari. Stesen LRT berdekatan ialah Kelana Jaya, tetapi anda juga boleh menaiki MRT.

3. Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman

Bazaar di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman terletak berdekatan dengan satu sama lain, jadi kebanyakan pengunjung akan berkunjung ke dua-dua bazaar sekiranya mereka ingin mencari pilihan yang lain. Lokasi yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur juga strategik untuk pengunjung. Anda hanya perlu menaiki LRT ke Masjid Jamek atau Bandaraya.

4. Bangsar

Bazaar Ramadhan di Bangsar mungkin tidak perlu pengenalan lagi. Terletak bersebelahan dengan Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq di Jalan Telawi 1, bazaar ini┬ámenempatkan sebuah gerai putu piring yang sudah termasuk kategori ‘legendary‘ di kalangan warga kota. Stesen LRT terdekat ialah Stesen Bangsar, dan anda perlu menaiki Grab untuk sampai ke lokasi, kecuali jika anda seorang yang cukup cergas untuk berjalan lebih 15 minit ke bazaar ini (sesuai untuk kaki panjat bukit atau marathon).

5. Sungai Besi

Bazaar di Sungai Besi mempunyai keistimewaannya tersendiri, termasuk ayam golek istimewa dan pelbagai jenis juadah serta kuih menarik. Tempat letak kereta juga disediakan di hujung jalan, tetapi seperti yang anda boleh lihat, pengunjung di bazaar ini sentiasa ramai. Waktu terbaik untuk berkunjung adalah kira-kira 4.30pm, dan anda boleh menggunakan LRT ke Sungai Besi dan jalan kaki ke lokasi (sesuai untuk semua golongan masyarakat termasuk kaki marathon sekerat jalan).

Anda ada cadangan lain yang boleh kami senaraikan? Komen di bawah!

Selamat berpuasa!